Sila baca sebelum menghantar pertanyaan tempahan.
Deposit & TempahanDeposit sebanyak RM100 diperlukan untuk mengunci (lock) tarikh majlis anda. Tempahan dikira sah mengikut konsep first come, first serve, berdasarkan penerimaan bayaran deposit.
Baki BayaranBaki bayaran pakej boleh dijelaskan seawal 7 hari sebelum majlis dan selewat-lewatnya pada hari majlis. Pihak jurugambar berhak menangguhkan penyerahan hasil gambar sekiranya baki bayaran masih belum diselesaikan sepenuhnya.
Penyerahan Gambar & Album• Gambar teaser (pilihan jurugambar): 1–3 hari selepas majlis.
• Gambar penuh (softcopy): sekitar 3–8 minggu.
• Album dan frame (jika termasuk dalam pakej): sekitar 1–2 bulan, bergantung kepada musim dan jumlah tempahan.
Polisi PembatalanDeposit tidak akan dikembalikan sekiranya pembatalan dibuat oleh pelanggan dalam tempoh 30 hari sebelum tarikh majlis. Sekiranya berlaku kesulitan atau pembatalan yang tidak dapat dielakkan daripada pihak kami, deposit akan dipulangkan sepenuhnya (100% full refund).
Masa & Caj TambahanSekiranya sesi fotografi melebihi tempoh masa yang ditetapkan dalam pakej, caj tambahan sebanyak RM100 bagi setiap jam berikutnya akan dikenakan.